top of page

PENGLIBATAN PELAJAR DAN PENSYARAH PKT DI

SETIU WETLANDS OPEN DAY

06 MAC 2020, JUMAAT

Dilaporkan oleh Nooraini Aziz

89252200_2895502160542968_69474822798872

Seramai 10 pelajar dan 7 pensyarah Politeknik Kuala Terengganu telah terlibat dengan Majlis Perasmian Setiu Wetlands Open Day yang telah berlangsung selama 2 hari bertempat di Kampung Mangkuk, Setiu.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.

Antara penglibatan pelajar adalah terlibat sebagai sukarelawan bagi aktiviti 3KM Wetland Walk for Fun dan mempromosikan pengumpulan E-waste. Selain itu, dua pelajar telah bertugas sebagai maskot WWF dan CIMB.

YAB juga sempat melawat booth pameran Politeknik Kuala Terengganu yang mempromosikan kemasukan ke Politeknik Malaysia sempena pengumuman keputusan SPM baru-baru ini diiringi oleh CEO WWF dan CEO CIMB.

Semoga pengalaman ini menjadi pengalaman yang berharga buat para pelajar PKT yang terlibat.

bottom of page