top of page

MAJLIS PELANCARAN KIBAR JALUR GEMILANG

PERINGKAT PKT 2020

12 OGOS 2020, RABU

Dilaporkan oleh Nooraini Aziz

3100f725-0180-42fc-b403-d2cab514b4a8.jfi

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya pada petang ini Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang peringkat Politeknik Kuala Terengganu bagi tahun 2020 telah berjalan dengan lancar dan telah disempurnakan oleh Dr. Hj. Mohd Daud bin Isa, Pengarah Politeknik Kuala Terengganu bertempat di Perpustakaan PKT. 

 

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berasa bertuah dan bangga menjadi sebahagian daripada rakyat negara yang berdaulat dan merdeka ini. Pada hari ini, kita dapat mengecapi kehidupan dalam suasana yang harmonis, aman serta sejahtera. Dengan nikmat kemerdekaan, rakyat di negara ini hidup lebih selesa dan makmur serta bertolak ansur. Hal ini merupakan satu nikmat yang tidak ternilai harganya.

3b250084-94e1-4e98-b103-365e7d110bee.jfi
f67037f9-dbb5-46bb-9c2d-21e5f3c6a478.jfi

Kita semua sedia maklum bahawa Sambutan Bulan Kemerdekaan merupakan acara tahunan dengan aspirasi negara bagi membentuk rakyat Malaysia yang amat menghargai nilai kemerdekaan bagi sesebuah negara. Sambutan Bulan Kemerdekaan diadakan setiap tahun bagi menanam semangat patriotik yang menebal dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda.

​

Apabila kita mengibarkan Jalur Gemilang, secara tidak langsung dapat memupuk perpaduan dalam kalangan kita semua tanpa mengira latar belakang agama yang dianuti, warna kulit, pangkat atau darjat. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Pepatah ini sudah cukup menggambarkan betapa kita perlu bersatu hati dalam merealisasikan sesuatu harapan atau impian. Sejarah juga telah membuktikan betapa keagungan sesuatu empayar itu bukan hanya terletak kepada kepimpinan yang bijak bestari semata-mata tetapi semangat jati diri dan permuafakatan rakyat turut memainkan peranan yang sama penting.

47ed4ca8-2ae7-45ae-8edb-0d9bab3eabd7.jfi
fffb8a70-20e4-4459-8802-2c2069699b02.jfi

Berbagai cara orang menyambut kemerdekaan. Tetapi kita disini, marilah kita sama-sama menyambut kemerdekaan dengan rasa syukur kerana dapat melakukan pelbagai aktiviti dengan keseronokan, kegembiraan dan kebebasan tanpa rasa takut dan bimbang. Walaupun sambutan Bulan Kemerdekaan di PKT dibuat serba ringkas, diharapkan para pelajar dapat menghayati inti pati sambutan kemerdekaan kali ini dan bersama-sama berganding bahu merealisasikan bulan kemerdekaan ini dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh pihak PKT.

1a210cbc-dc9b-4a00-8933-c345535a0d80.jfi
2d1734cc-871f-4eda-a263-67eb02bd33db.jfi

Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus membuat segala perancangan dan persediaan acara pada hari ini serta program-program bagi mengisi sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang pada tahun ini di peringkat Politeknik Kuala Terengganu.

​

Diharapkan juga seluruh warga PKT mengorak langkah bersama-sama bersatu membangunkan modal insan berlandaskan kejayaan generasi terdahulu dalam memperjuangkan serta memperkukuh nilai kemerdekaan tanah air kita. Atas jerih payah generasi dahululah maka kemerdekaan dan pembangunan yang kita kecapi hari ini mampu seiring dengan negara-negara lain dan semakin gah di persada dunia.

bottom of page