top of page

LAPORAN AKTIVITI KEBAJIKAN PELAJAR TERKANDAS DI RUMAH SEWA SEMPENA PERINTAH KAWALAN COVID-19

07 APRIL 2020, SELASA

Dilaporkan oleh Nooraini Aziz

92131627_2961445853948598_65118099929059

Seramai 26 orang pelajar Politeknik Kuala Terengganu masih lagi berada di rumah sewa masing-masing dan di pantau oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Penasihat Akademik. PKT di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah mengambil inisiatif dengan memberikan bantuan kewangan melalui kaedah online transfer kepada pelajar yang memerlukan bagi tujuan pembelian barang-barang keperluan dapur.

92115743_2961446203948563_16085768141275
92020851_2961446077281909_42579260635202

Selain itu, mulai 23 Mac 2020, pelajar telah diberi makanan berbungkus melalui pembekal sebanyak 3 kali sehari iaitu makan pagi, makan tengahari dan makan malam dan pemberian makanan ini akan berterusan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berjalan.

92016278_2961445673948616_19703931827891
92686306_2961445757281941_18258384907099

PKT telah menerima sumbangan Food Bank daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk diagihkan kepada 27 orang pelajar PKT yang berada di rumah sewa sekitar Kuala Terengganu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Terima kasih KPDNHEP. Selain itu, syarikat roti Fuji Terengganu juga telah memberi sumbangan roti kepada para pelajar dan pada masa yang sama PKT turut menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan dapur daripada pejabat Menteri Besar Terengganu.

90516991_2926615030765014_54961390129659
90928633_2926615107431673_11093574752298

PKT mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin terhadap kebajikan pelajar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

bottom of page