top of page

MAJLIS PERASMIAN

PROGRAM SEKAMPIT BERAS SEKILO GULA RAMADAN 2020

21 MEI 2020, KHAMIS

Dilaporkan oleh Nooraini Aziz

WhatsApp Image 2020-05-21 at 14.09.24 (2

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya pada pagi ini telah berlangsung Majlis Perasmian Program Sekampit Beras Sekilo Gula bagi tahun 2020 anjuran bersama Jabatan Matematik, Sains dan Komputer dan Unit Perpustakaan PKT oleh Yang Berusaha Dr. Hj. Mohd Daud bin Isa, Pengarah Politeknik Kuala Terengganu bertempat di Perpustakaan PKT.

​

​

WhatsApp Image 2020-05-21 at 14.09.21.jp

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur dan juga kepada semua ahli jawatankuasa Program Sekampit Beras Sekilo Gula bagi tahun 2020 kerana telah bertungkus-lumus dalam memastikan program ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya.

Penganjuran kali ini merupakan penganjuran kali keempat oleh Politeknik Kuala Terengganu dan mudah-mudahan program ini menjadi platform kepada semua warga PKT untuk menghulurkan bantuan kepada pihak yang memerlukan terutama golongan fakir miskin yang berada di Kuala Terengganu dan kawasan sekitarnya.

WhatsApp Image 2020-05-21 at 14.09.24 (1

Alhamdulillah, sambutan yang telah diberikan amat menggalakkan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang dan semoga setiap sumbangan yang telah diberikan mendapat ganjaran yang setimpal di sisi Allah S.W.T hendaknya.

Selain memberi peluang kepada warga PKT untuk menambah amal kebajikan pada bulan yang mulia ini, program ini juga dirancang untuk mendekatkan lagi hubungan antara warga PKT dengan masyarakat setempat sekali gus mewujudkan budaya kasih sayang dalam kalangan warga PKT khususnya kepada golongan yang tidak bernasib baik seperti golongan fakir miskin, anak-anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) selaras dengan tuntutan agama Islam yang mementingkan hubungan persaudaraan dan hubungan silaturrahim.

WhatsApp Image 2020-05-21 at 14.09.22.jp

Sejak 14 Mei yang lalu, kira-kira seminggu yang lepas, pelbagai bentuk sumbangan telah diterima oleh pihak penganjur antaranya barangan keperluan dapur dan juga wang ringgit. Sehingga hari ini, sumbangan berbentuk wang tunai berjumlah lebih kurang RM6,200 telah diterima. Sebanyak 133 bakul barangan keperluan dapur telah berjaya disiapkan dan akan diagihkan kepada pihak yang memerlukan mulai hari ini.

WhatsApp Image 2020-05-21 at 14.09.23.jp
WhatsApp Image 2020-05-21 at 14.09.24.jp
bottom of page