MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC)2019 PERINGKAT POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
03 SEPTEMBER 2020, KHAMIS
Dilaporkan oleh Nooraini Aziz

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019 peringkat Politeknik Kuala Terengganu telah berjalan dengan lancar kelmarin bertempat di Hotel YT Midtown Kuala Terengganu.
​
Majlis pada hari ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada warga Politeknik Kuala Terengganu atas sumbangan dan pencapaian cemerlang dalam melaksanakan tugas-tugas rasmi dan hakiki disamping penglibatan secara aktif di dalam kegiatan kemasyarakatan dan lain-lain sumbang bakti yang bermanfaat kepada negara.


Penganugerahan APC ini merupakan satu manifestasi keprihatinan kerajaan terhadap modal insan berkualiti, dinamik dan berprestasi unggul yang mencapai ekspektasi yang disasarkan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada 12 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dari Politeknik Kuala Terengganu bagi tahun 2019. Justeru, anugerah ini perlu dijadikan sebagai motivasi utama di dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah bersama.






Majlis APC peringkat Politeknik Kuala Terengganu kali ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Mohamad Isa Bin Azhari, Pengerusi Zon Politeknik dan Kolej Komuniti (Zon Timur) mewakili YBhg. Ts. Dr. Mohammad Naim Bin Yaakub, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
​
Turut hadir Dr. Hj. Mohd Daud bin Isa, Pengarah PKT, En. Abdul Halim bin Ahmad, Timbalan Pengarah Akademik dan En. Marzuki bin Hussain, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik.
​
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.


