LAWATAN KERJA PRA MESYUARAT KOLABORASI INDUSTRI POLITEKNIK KUALA TERENGGANU 2020
08 SEPTEMBER 2020, SELASA
Dilaporkan oleh Nooraini Aziz

Pada hari ini telah berlangsung Lawatan Kerja Pra Mesyuarat Kolaborasi Industri Politeknik Kuala Terengganu bagi tahun 2020 bertempat di Dewan Utama PKT anjuran Unit CISEC dan Unit Kolaborasi PKT.
​
Dalam mengejar visi Politeknik Kuala Terengganu (PKT) “Menjadi institusi TVET yang berkualiti dalam melahirkan modal insan holistik dan menjadi pilihan utama industri”, jalinan kerjasama serta perkongsian antara PKT dan pihak industri amat penting dalam merealisasikan hasrat dan tujuan PKT sebagai peneraju Institusi TVET yang unggul melalui perkongsian pintar yang meliputi perkongsian pandangan, idea, pengalaman serta kepakaran.


Impak dari perkongsian tersebut membantu kepada penyediaan akses yang meluas kepada program-program TVET seterusnya melahirkan graduan holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang mampu mewarnai pasaran pekerjaan nasional.
​



Antara objektif utama lawatan kerja daripada pihak industri ini adalah :
​
-
Membincangkan ruang dan peluang yang boleh diimplementasi melalui kolaborasi antara pihak industri dan Pengurusan Akademik PKT.
​
-
Meningkatkan kerjasama dalam pertukaran informasi berkaitan kepakaran latihan, pembangunan kemahiran dan pembelajaran berterusan.
​
-
Bekerjasama dalam mengadakan ruang dan memberi peluang kepada kebolehpasaran pelajar PKT.
​
-
Membuka peluang kepada industri untuk bertemu pelajar dan menyampaikan maklumat mengenai keperluan syarikat dan pasaran kerja.
​
Program ini merupakan satu platform dalam usaha untuk menyediakan diri para pelajar yang akan memasuki dunia pekerjaan setelah tamat sesi pengajian. Agenda yang dibincangkan dan aktiviti yang dirancang bersama pihak industri diharapkan dapat membantu politeknik dalam menghasilkan graduan yang memenuhi kehendak industri semasa dan masa depan.



