top of page

INDUSTRY TALK : KEPENTINGAN SOFT SKILLS DI ALAM PEKERJAAN

25 FEB 2020, SELASA

Dilaporkan oleh Nooraini Aziz

87219734_2870814069678444_54426891757593

Antara tujuan Industry Talk ini diadakan adalah untuk:

❇️ Memberi nilai tambah kepada bakal graduan PKT dalam memastikan kebolehpasaran dan kebolehdapatan pekerjaan.

❇️ Mengasah dan meningkatkan kemahiran bakal graduan dengan keterampilan kerjaya yang diperlukan oleh industri IR 4.0 dan TVET agar lebih berkeyakinan dan profesional.

❇️ Memberi pendedahan dan persiapan awal kepada bakal graduan sebelum memasuki alam pekerjaan sebenar.

Menurut Profesor Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran, Pakar Sosiologi melalui artikel beliau bertajuk ‘Jangan kejar gred A semata-mata’ yang telah dimuat naik dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 17 Februari 2020;

“Kemahiran insaniah adalah jauh lebih bermakna kepada pihak industri dibandingkan dengan jumlah gred A yang dimiliki oleh pelajar. Perbezaan persepsi terhadap kecemerlangan itulah yang menyebabkan kadar pengangguran dalam kalangan pelajar ini meningkat. Ini disebabkan mereka yang memperoleh jumlah gred A yang banyak gagal untuk memenuhi kehendak industri atau majikan kerana mereka kurang memiliki kemahiran insaniah yang diperlukan dalam sektor pekerjaan pada hari ini. Penekanan kepada pencapaian bilangan gred A semata-mata sebagai indikator utama untuk mengklasifikasikan sebagai cemerlang atau sebaliknya perlu diubah. Semua pihak yang terlibat perlu memberi sokongan padu kepada usaha ini agar pelajar yang dihasilkan di negara ini bukan sahaja mampu mempamerkan keputusan akademik yang baik tetapi juga mampu mempamerkan pelbagai kemahiran insaniah yang diperlukan oleh majikan. Dengan adanya kefahaman seperti ini, pastinya kadar kebolehpasaran graduan di negara ini akan meningkat pada masa akan datang.”

Oleh itu, Industry Talk yang dirancang pada hari ini diharap dapat memberi banyak manfaat kepada pelajar khususnya bakal-bakal graduan mengenai peluang pekerjaan dan persiapan diri bagi membina kerjaya selepas tamat pengajian kelak.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Yahyal Haq bin Ruslan, Pengarah Urusan Mysoftcare Solution Sdn Bhd dan Encik Safri bin Samsudin, Pengurus Sumber Manusia Shin-Etsu Polymer (M) Sdn Bhd kerana sudi berkongsi idea dan pengalaman kepada para pelajar PKT.

bottom of page