top of page
DSC_1200.jpg

Kata Aluan Penasihat

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

 

Saya terlebih dahulu ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan berkat izin, limpah kurnia dan makbul-Nya Buletin Lekor ini dapat diterbitkan.

 

Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli Jawatankuasa Penerbitan Buletin Politeknik Kuala Terengganu atas komitmen dan kerjasama yang telah diberikan dalam memastikan proses penerbitan Buletin Lekor ini berjalan dengan lancar.

 

Sebagai Pengarah di Politeknik Kuala Terengganu saya berharap agar pencapaian-pencapaian yang diraih melalui aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun akan menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga PKT untuk terus berusaha dan mengorak langkah dalam mencipta kejayaan-kejayaan lain pada masa akan datang.

 

Saya percaya setiap warga PKT mempunyai kelebihan dan bakat tersendiri yang dapat menyumbang ke arah pembangunan PKT sebagai sebuah institusi pendidikan yang terunggul di Malaysia.

 

Semoga PKT akan terus melakar kejayaan cemerlang dan gemilang pada masa akan datang. Insya-Allah.

​

 

Dr. Hj. Mohd Daud Bin Isa

Penasihat

Jawatankuasa Penerbitan Buletin LEKOR

Politeknik Kuala Terengganu

Kata Aluan Pengerusi

gambar tpa.png

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

​

Terima kasih diucapkan kerana memberi ruang kepada saya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa kerana telah memberi kerjasama dan komitmen yang sebaiknya dalam penerbitan Buletin LEKOR ini.

​

Saya berharap agar kita semua dapat bergerak seiring dengan satu suara, satu harapan dan bersama membentuk satu cita demi mencapai matlamat serta merealisasikan impian kita untuk menjadikan Buletin LEKOR sebagai satu bahan bacaan yang dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.

​

Diharapkan juga Buletin LEKOR akan terus menjadi wadah dalam pembudayaan ilmu dengan memaparkan berita-berita dan aktiviti-aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang tahun.

 

Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua warga Politeknik Kuala Terengganu yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penerbitan Buletin LEKOR ini.

 

Semoga semua usaha kita semua diberkati Allah s.w.t

​

En. Abdul Halim bin Ahmad

Pengerusi

Jawatankuasa Penerbitan Buletin LEKOR

Politeknik Kuala Terengganu

​

TERKINI

bottom of page