top of page

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN MPP 2020

23 FEBRUARI 2020, AHAD

Dilaporkan oleh Nooraini Aziz

85113363_2868783436548174_55894030681573

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya dipilih sebagai barisan MPP kali ini kerana telah meraih kepercayaan daripada rakan-rakan anda, warga pelajar PKT sebagai wakil menyuarakan idea serta berkongsi pandangan yang sangat diperlukan oleh pihak Pengurusan Politeknik Kuala Terengganu.

 

Semoga dengan adanya penyerahan watikah pelantikan ini barisan MPP PKT 2020 lebih bersemangat untuk menyandang tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKT dengan kerjasama semua Jabatan dan Unit kerana telah menjalankan tanggungjawab untuk memastikan pilihan raya yang dikendalikan berjalan dengan baik dan lancar.

Fungsi utama penubuhan MPP adalah untuk menjadi agen perantaraan antara dua pihak, iaitu pihak Pengurusan Politeknik dan pihak pelajar khususnya berkaitan kebajikan dan keperluan pelajar. Ia juga menjadi badan yang bertanggungjawab dalam merancang dan mengendalikan pelbagai aktiviti yang berfaedah bagi mewujudkan suasana kehidupan pelajar yang lebih ceria dan harmonis.

Diharapkan juga agar peranan dan fungsi MPP dapat menjadi penghubung erat antara pihak Pengurusan PKT dan pelajar dalam mengurus tadbir PKT.

Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam tunangan,
Terima kasih pemuda pemudi,
Budinya tuan jadi kenangan

Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara,
Berkhidmatlah tuan sambil menuntut ilmu,
Membina bangsa bangunkan negara

bottom of page