top of page

183 PELAJAR RELASIS ZON TIMUR SERTAI KURSUS ASAS CRISIS MANAGEMENT TEAM DAN ILMU MEDAN PERANG

22 FEBRUARI 2020, SABTU

Dilaporkan oleh Nooraini Aziz

87269891_2870844306342087_46648126507549

Kursus Asas Crisis Management Team dan Ilmu Medan Perang telah menyasarkan semua anggota RELASIS Politeknik Malaysia Zon Timur bagi pelajar-pelajar Semester 2 bagi memenuhi keperluan kurikulum dalam kandungan silibus RELASIS 2 (MPU24791).

 

Kursus ini  juga dianjurkan sebagai medan utama permulaan kepada jalinan kerjasama antara RELASIS Politeknik Zon Timur sebagai wadah dalam memperkemaskan pasukan yang berjiwa kental ke arah memperkasakan pasukan RELASIS Zon Timur khususnya.

​

Kursus yang disertai oleh 181 pelajar dan 30 pegawai ini diharap dapat memupuk ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan situasi luar keselesaan.

 

Antara pengisian program sepanjang 3 hari kursus ini dijalankan adalah Program Kesediaan Mental dan Membina Kemahiran Diri bagi Menghadapi Cabaran, Kemahiran Menyelamat, Teori Ilmu Medan Perang dan Aplikasi Ilmu Medan Perang.

​

Semua peserta juga diharap sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

​

Majlis perasmian penutup kursus ini telah disempurnakan oleh PjR Zubir bin Mustafa, Pengarah Bahagian Pembangunan Pasukan, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Kementerian Dalam Negeri. Turut hadir Dr. Hj. Mohd Daud bin Isa, Pengarah PKT. 

88166291_2870844399675411_23817766179627
88035232_2870844789675372_30472712692181
88100358_2870844143008770_84149350285380
87179186_2870844599675391_87911832346385
88069612_2870843963008788_44814381716487
88044727_2870844016342116_17244832711835
bottom of page