top of page

KUNJUNGAN HORMAT

KEPADA YB TUAN HAJI AHMAD AMZAD BIN HASHIM

01 SEPTEMBER 2020, SELASA

Dilaporkan oleh Nooraini Aziz

118353874_3356884104404769_5525904428115

Pada hari ini, Dr. Hj. Mohd Daud bin Isa, Pengarah PKT bersama-sama empat pegawai yang lain iaitu En. Marzuki bin Hussain, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Hj. Azman bin Husin, Pensyarah PKT, Puan Nooraini Binti Che Aziz, Pegawai Perhubungan Awam dan En. Mohd Shahrul Anuar bin Mat Radzi, Pegawai Pembangunan telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Tuan Haji Ahmad Amzad bin Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

118524861_3356884111071435_4613858597655
118403396_3356884117738101_7230202419683

Tujuan perjumpaan ini adalah untuk mengemukakan cadangan membina kampus kekal Politeknik Kuala Terengganu (PKT) dan mendapatkan pandangan bagi lokasi yang dicadangkan iaitu di Bukit Kor, Marang dan beliau tiada halangan dengan cadangan lokasi yang telah dikemukakan.

 

Dr. Hj. Mohd Daud bin Isa memaklumkan bahawa permohonan cadangan untuk membina kampus kekal Politeknik Kuala Terengganu adalah bagi Rancangan Malaysia Ke-12. Beliau juga menyatakan bahawa bangunan Politeknik Kuala Terengganu sedia ada yang disewa dengan Lembaga Tabung Amanah Warisan Terengganu (LTAWT), Pejabat Tanah dan pihak persendirian di bandar Kuala Terengganu ini menempatkan pelajar seramai 640 orang. Dan dijangka dengan pembangunan kampus baharu, ia dapat menampung lebih ramai pelajar sehingga 2,400 pelajar dalam satu-satu masa.

118352846_3356884107738102_1490576374104
118653674_3356884114404768_6659285629594

Yang Berhormat Haji Ahmad Amzad bin Hashim menyokong sepenuhnya dengan cadangan untuk membina kampus kekal PKT di Bukit Kor, Marang dan akan mengemukakan surat sokongan terhadap permohonan ini kepada YB Dato' Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi.

 

Selain itu, Yang Berhormat Haji Ahmad Amzad bin Hashim turut berkongsi mengenai hasrat MOSTI dalam mendepani dunia sains, teknologi dan inovasi selari dengan dasar Kerajaan Persekutuan untuk menerajui bidang Technical, Vocational, Education & Training (TVET) melalui kementerian-kementerian yang berkaitan, serta MOSTI sendiri turut melancarkan teknologi komposit, fibre glass, drone technology dan memperkenal social innovation untuk menggalakkan semua rakyat terlibat sama dengan inovasi-inovasi baru dalam rutin kehidupan seharian mereka.

 

Beliau berharap jalinan kerjasama ini dapat memberikan manfaat kepada semua rakyat, khususnya para pelajar dan anak muda, agar masa depan negara lebih cemerlang dan gemilang bukan sahaja dengan teknologi, inovasi malah dapat meningkatkan lagi produktiviti serta peluang pekerjaan yang lebih luas.

bottom of page