top of page

LAWATAN KERJA

YB TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI KE PKT

06 JUL 2020, ISNIN

Dilaporkan oleh Nooraini Aziz

WhatsApp Image 2020-07-06 at 14.08.40.jp

Politeknik Kuala Terengganu hari ini menerima kunjungan lawatan kerja daripada YB Dato' Mansor bin Hj. Othman, Timbalan Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi dan YB Haji Ahmad Amzad bin Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

​

Delegasi lawatan kerja ini telah disambut oleh wakil daripada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, En. Roslee bin Yahya, Pengarah Kanan Kompetensi dan Dr Hj. Mohd Daud bin Isa, Pengarah Politeknik Kuala Terengganu serta kakitangan PKT.

​

Selepas sesi taklimat oleh Pengarah PKT, delegasi dibawa melawat Pusat Perkembangan Keusahawanan, PKT. Dimulai dengan Butik Kacax, dan seterusnya ke Pusat Inkubator Elektrik dan Elektronik.

​

Kemudian, YB Timbalan Menteri dibawa melawat ke Pusat Inkubator Media Kreatif Digital. YB Timbalan Menteri didedahkan dengan pelbagai produk digital kreatif dari PKT yang merangkumi platfrom E-Gaming, Virtual Reality (VR) dan Aurgement Reality

​

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir pada hari ini. Terutama kepada tetamu utama, Yang Berhormat Dato’ Mansor bin Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi bersama-sama Yang Berhormat Haji Ahmad Amzad bin Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi kerana sudi hadir ke PKT.

​

Terima kasih juga diucapkan kepada En. Roslee bin Yahya, Pengarah Kanan (Kompetensi), JPPKK yang mewakili Ketua Pengarah JPPKK turut hadir pada hari ini.

​

Kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan program hari ini, di ucapkan berbanyak terima kasih.

WhatsApp Image 2020-07-06 at 14.51.24.jp
WhatsApp Image 2020-07-06 at 14.08.40 (1
WhatsApp Image 2020-07-06 at 14.08.23.jp
WhatsApp Image 2020-07-06 at 14.08.24.jp
WhatsApp Image 2020-07-06 at 14.08.26.jp
WhatsApp Image 2020-07-06 at 14.08.29.jp
WhatsApp Image 2020-07-06 at 14.08.28.jp
WhatsApp Image 2020-07-06 at 14.08.22.jp
bottom of page