BENGKEL PENYEDIAAN PROPOSAL PPRN
3 FEBRUARI 2020, ISNIN
Dilaporkan oleh YM Dr. Tengku Azman bin Tengku Mohd, Unit R&D

Pada hari ini telah berlangsung Bengkel Penyediaan Proposal PPRN (Public-Private Research Network) 2.0 anjuran Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersilan (UPIK) Politeknik Kuala Terengganu bertempat di Bilik Seminar UPIK, Politeknik Kuala Terengganu.
Bengkel ini telah dihadiri oleh 3 buah syarikat iaitu NMH Production & Creation, Adi Food Products Sdn Bhd dan Muslim Food Industries serta 20 penyelidik yang terdiri daripada pensyarah PKT.
Pelaksanaan bengkel ini diharap dapat mencapai objektif-objektif seperti berikut:
​
• Memberi kefahaman kepada syarikat dan penyelidik berkenaan keperluan PPRN dalam penghasilan kertas cadangan.
• Meningkatkan kemahiran syarikat dan penyelidik kepada teknik penghasilan kertas cadangan yang berkualiti dengan bimbingan
fasilitator.
• Menghasilkan kertas cadangan yang berkualiti dalam tempoh masa yang diberikan dengan bimbingan fasilitator.
​
Bengkel ini juga diharapkan dapat menyumbang kepada PKT dalam mencapai Teras Strategik 6 Membudaya Penyelidikan Gunaan dan Inovasi, Objektif Strategik 6A Melestari Ekosistem Penyelidikan dan Inovasi, dan KPI 24 bilangan produk inovasi yang diaplikasikan.






