MAJLIS JASAMU DIKENANG-
'SELAMAT BERSARA POK DIN'
03 SEPTEMBER 2020, KHAMIS
Dilaporkan oleh Nooraini Aziz

Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan dan ucapan terima kasih atas perkhidmatan Encik Mohamad Zawadin bin Daud, Pembantu Am Pejabat N14 yang bertugas di Unit Kewangan Politeknik Kuala Terengganu. Beliau akan bersara tidak lama lagi setelah 38 tahun berkhidmat di sektor awam.


Dalam kehidupan, kita sering mendengar ungkapan, “Yang penting bukan berapa lama kita hidup, tetapi bagaimana kita hidup.” Begitu juga dalam perkhidmatan, yang penting bukan berapa lama kita berkhidmat, tetapi bagaimana kita berkhidmat dan bagaimana kita mencurahkan khidmat.
​
Selamat bersara diucapkan kepada Encik Mohamad Zawadin bin Daud. Semoga kenangan di PKT menjadi memori terindah kepada anda. Didoakan agar segala urusan dipermudahkan dan semoga diberkati dengan kesihatan yang berpanjangan serta bahagia di samping keluarga tersayang. Sesungguhnya khidmat bakti yang telah disumbangkan kepada PKT khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya tidak terbalas.


Kalau ada pauh di daik,
Bawa sebiji ke tanah seberang,
Kalau ada budi yang baik,
Sampai mati dikenang orang.
​
Sudah adat bertemu,
Tentu ada perpisahannya,
Sudah adat berjumpa,
Tentu ada nokhtah perhentiannya.
​
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
​
SELAMAT BERSARA POK DIN!!

